Design trends, Inspiration

“Doorgift Bergaya: 7 Bekas Goodies yang Pasti Memikat Hati Tetamu”

Doorgift bukan hanya sekadar tanda terima kasih kepada tetamu, tetapi juga cerminan personaliti dan konsep perkahwinan anda. Pilihan bekas goodies yang tepat akan meninggalkan kenangan yang lebih bermakna buat tetamu. Kami ada 7 cadangan bekas isian goodies yang in trend utk dipilih sesuai dengan tema majlis anda. Dengan pilihan yang tepat, anda bukan sahaja memberi doorgift yang cantik, tetapi juga mencipta kenangan manis yang akan diingati!

  1. Balang Kaca dengan Penutup

Sumber gambar; Facebook & Instagram

Balang kaca kecil dengan penutup ni memang klasik dan sentiasa nampak mewah. Selain cantik dan elegan, balang ni praktikal sebab tetamu boleh guna semula lepas majlis. Nak isi gula-gula, madu, atau cenderahati kecil, semua nampak eksklusif. Balang kaca ni memang tak pernah ketinggalan zaman!

2. Kotak Kertas 

Sumber gambar; Facebook & Instagram

Kotak menggunakan material kertas dengan cetakan warna pastel atau satu warna solid, adalah lebih eksklusif. Untuk tampil lebih menarik, tambah je riben, sticker atau cetakan hot stamping pada kotak dengan nama pengantin dan tarikh majlis. Doorgift ni nampak simple tapi tetap ada sentuhan peribadi yang minimalis!

3. Beg Organza

Sumber gambar; Facebook & Instagram

Element organza memang buat doorgift nampak lembut dan cantik. Sesuai bagi tema "english or gardem wedding". Isikan organza bag dengan air freshener atau goodies lain dalamnya, dan tetamu pasti suka sebab ia praktikal!  Untuk lebih personal, letak tag dengan nama pengantin atau reben yang sepadan dengan tema majlis. Confirm doorgift ni akan jadi lebih menarik dan istimewa!

4. Kotak Pillow Box dengan Cetakan Custom

Sumber gambar; Facebook & Instagram

Pillow box (kotak bentuk bantal) ni memang senang nak cari dan sangat bajet-friendly. Kalau nak nampak lebih premium, pilih kotak dengan cetakan custom atau warna metalik. Untuk tambah lagi gaya, tambahan hot stamping  dengan logo majlis atau nama pengantin sebagai penutupnya. Simple tapi tetap nampak eksklusif!

5. Beg Transparent

Sumber gambar; Facebook & Instagram

Beg transparent ni memang pilihan yang stylish dan smart. Dengan bahan lutsinar, semua isi dalam beg akan jelas kelihatan, jadi tetamu boleh terus nampak apa yang ada. Lagipun, beg ni senang je nak padankan dengan apa-apa tema majlis. Nampak moden dan unik, dan pastinya buat doorgift anda jadi lebih menarik!

6. Beg Ziplock

Sumber gambar; Facebook & Instagram

Beg ziplock kecil dengan cetakan custom, macam nama pengantin atau tarikh majlis, memang pilihan yang super jimat. Walaupun simple, bila diisi dengan manisan atau barang kecil, ia tetap nampak eksklusif. Tambah reben sikit je dah buat doorgift ni jadi lebih unik dan istimewa

7. Kon Plastik Lutsinar 

Sumber gambar; Facebook & Instagram

Kon plastik lutsinar ni memang sesuai untuk isi manisan warna-warni macam gula-gula atau coklat. Bahannya yang jernih buat isi dalam nampak lebih menarik. Tambah reben satin warna lembut kat atas, terus nampak mewah dan elegan. Simple tapi tetap menyerlah!

 

Setiap bekas goodies yang dipilih harus selaras dengan tema majlis anda, memberikan tetamu kenangan yang indah. Doorgift bukan sahaja sekadar hadiah, tetapi simbolik penghargaan yang akan diingati lama.

Dapatkan lebih banyak inspirasi doorgift yang memikat dengan pelbagai pilihan menarik di laman kami. Pastikan doorgift anda adalah sesuatu yang mencerminkan keunikan hari istimewa anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *