Inspiration

“Cara Memilih Doorgift Perkahwinan yang Memikat Hati Tetamu Anda”

Merancang majlis perkahwinan memang seronok, tapi kadang-kadang boleh buat kita pening kepala – terutama bila tiba bab memilih doorgift! Anda mesti nak beri sesuatu yang istimewa, kan? Doorgift adalah tanda penghargaan kepada tetamu yang hadir, jadi penting untuk pilih yang betul-betul memikat hati. Jom tengok beberapa tips mudah untuk pilih doorgift yang takkan dilupakan tetamu anda!

1. Padankan dengan Tema Majlis

Bayangkan kalau majlis anda bertema garden wedding yang penuh dengan bunga-bungaan cantik, tapi doorgift pula tak kena langsung dengan konsep – memang tak ngam, kan? Sebab tu, penting untuk pilih doorgift yang selari dengan tema majlis. Kalau tema tradisional misalnya, kan nampak sepadan kalau doorgift kotaknya dengan corak bermotifkan songket. Kalau garden, corak daunan atau bunga yang cantik pula sesuai dipadankan. Barulah serasi dengan tema.

2. Pilih Doorgift yang Berguna dan Boleh Dipakai

Tetamu mesti lagi suka kalau dapat doorgift yang boleh mereka guna hari-hari. Contohnya, set sudu garfu yang cantik, sabun handmade wangi, sapu tangan elegan, atau beg kecil yang cute. Bukan je praktikal, tapi setiap kali mereka guna barang tu, mesti teringat majlis kahwin anda. Sweet gila, kan?

3. Bajet Pun Penting

Tak perlu risau kalau bajet tak besar! Banyak je doorgift yang nampak eksklusif tapi tetap mesra poket. Kuncinya, buat sikit homework dan cari pembekal yang boleh bagi doorgift cantik tanpa buat anda pokai. Contoh yang best? Makanan ringan dalam bekas comel, atau barang yang boleh jadi kenangan macam pen yang ada nama anda berdua. Simple tapi bermakna!

4. Sentuhan Peribadi Buat Tetamu Rasa Istimewa

Doorgift dengan sentuhan peribadi memang selalu buat tetamu rasa dihargai. Mana taknya, bila doorgift tu ada nama anda dan pasangan, tarikh kahwin, atau mesej istimewa – confirm buat mereka tersenyum. Contohnya, senduk kayu dengan ukiran nama, chopping board atau pasu kecil comel yang dipersonalisasi. Baca nama yang dicetak, terus terkenang pada pemberi. Barulah jadi kenangan yang kekal abadi



Jangan terburu-buru dalam memilih doorgift. Beri masa untuk fikir dan rancang dengan baik supaya doorgift yang dipilih benar-benar mencerminkan diri anda dan meninggalkan kenangan manis kepada tetamu. Akhir kata, selamat memilih doorgift yang awesome dan semoga majlis anda berjalan lancar!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *