Bila tengah sibuk rancang majlis kahwin, mesti terfikir, “Macam mana nak cari doorgift yang tak lari daripada bajet, tapi tetap sesuai dengan tema dan bermakna?” Walaupun doorgift nampak kecil, tapi tetap istimewa sebagai tanda terima kasih kepada tetamu yang sudi datang meraikan hari bahagia korang.
Jangan risau, sis! Tak perlu pun habiskan banyak duit untuk buat tetamu happy dengan doorgift yang simple dan minimalist. Banyak je pilihan doorgift bajet rendah yang masih nampak eksklusif dan penuh makna untuk dikongsikan di majlis kahwin korang. Jom, kita tengok beberapa idea best ni!
Coklat dalam Kotak Elegan
Coklat dalam kotak elegan ni memang pilihan menarik yang sentiasa jadi kegemaran! Siapa je yang boleh tolak coklat, kan? Doorgift ni bukan sahaja sedap, tapi juga nampak eksklusif dan pasti buat tetamu tersenyum lebar. Memang perfect untuk menambah kemanisan pada majlis anda!
Sejadah Mini atau Telekung Travel
Sejadah mini atau telekung travel ni memang pilihan yang sweet untuk majlis perkahwinan! Tetamu pasti suka sebab mereka boleh bawa ke mana-mana dan solat dengan mudah. Selain praktikal, ia juga menunjukkan betapa anda menghargai mereka. Lagipun, siapa yang tak nak ada 'portable prayer zone' di dalam beg, kan? Memang perfect untuk buat majlis anda lebih bermakna! Tetamu guna auto kita pun dapat pahala.
Towel Kecil
Tuala kecil yang lembut ni memang doorgift yang tak pernah mengecewakan! Mesra bajet, dan boleh digunakan setiap hari. Simple, tapi praktikal—Tak risau berlaku pembazran. Siapa tak suka dapat hadiah yang berguna? Pilihan yang bijak untuk menjadikan majlis anda lebih istimewa!
Manicure Set
Set manicure ni memang doorgift yang cool dan berguna! Bukan hadiah biasa yang orang simpan tepi, tapi akan digunakan untuk penjagaan kuku. Simple, praktikal dan tak berat pun. Kiranya macam bagi mini ‘self-care’ yang confirm buat tetamu tersenyum. Perfect choice!
Pewangi Kereta
Pewangi kereta dengan aroma segar ni memang doorgift yang praktikal dan mesra bajet! Tetamu boleh gunakan untuk menyegarkan kenderaan mereka, dan setiap kali terhidu, pasti akan teringat hari bahagia anda. Simple je, tapi tetap berguna—semua yg memandu, pasti perlu pewangi kereta ni? Daripada beli, best lagi dapat free kan? Confirm tetamu puji-puji doorgift ni nanti!
Popcorn dalam Beg Ziplock
Popcorn dalam beg ziplock ni memang doorgift yang mesra bajet dan super seronok! Murah, sedap, dan snek kegemaran ramai. Tetamu pasti teruja dapat bawa pulang beg popcorn comel ni—siapa yang tak suka sedikit ‘crunch’ untuk dibawa balik? Memang pilihan yang fun untuk buat majlis anda lebih meriah! Kanak-kanak & dewasa, semua pon suka..
Madu Mini dalam Balang Kaca
Balang kaca kecil berisi madu ni adalah doorgift yang menarik dan ‘sweet’! Madu ni melambangkan kehidupan yang manis dan bahagia, jadi ia memang hadiah yang sesuai untuk tetamu. Pelbagai guna: sebagai pengganti gula & sebagai penambah rasa masakan. Setiap kali digunakan, pasti akan terkenang majlis dan pemberi. Perfect untuk buat majlis anda sentiasa diingati!
Cookies dalam Balang
Cookies dalam balang kaca mini ni memang pilihan yang lazat dan super menarik untuk doorgift! Balang comel ni bukan sahaja boleh simpan cookies, tapi juga boleh jadi hiasan yang cute. Siapa je yang boleh tahan dengan biskut yang sedap dalam balang cantik? Tetamu yang bawa balik, pasti tak sabar nak menikmati rasanya!
Spoon and Fork Set
Set sudu dan garfu (stainless steel) dalam kotak rekaan khas ni memang doorgift yang menarik dan praktikal! Tetamu boleh guna set ini dalam kehidupan seharian, dan setiap kali mereka gunakan, pasti akan teringat majlis anda. Pastikan yang berkualiti untuk buat hari bahagia anda lebih diingati!
Doorgift Makanan
Salah satu pilihan paling popular dan sentiasa diterima baik oleh tetamu adalah doorgift makanan, seperti beras mini! Anda boleh personalize packaging dengan label nama anda dan pasangan, tarikh majlis, serta ucapan terima kasih. Tetamu pasti teruja menerima doorgift beras basmathi ni, sampai je rumah, boleh masak beriani!
Dengan pelbagai pilihan yang ada ni, tiada lagi alasan untuk risau tentang bajet doorgift. Pilih yang terbaik, sesuai tema dan citarasa. Yang penting, tetamu yang menerima akan rasa dihargai. Ingat, yang penting bukan harga, tapi ketulusan dan keikhlasan anda memberi yang terbaik sesuai bajet.
Selamat merancang majlis! ❤️
Doorgift murah, tak semestinya nampak murah. Buat pilihan bijak dan tambah sedikit kreativiti untuk buat tetamu teruja dan rasa dihargai.
Nak cari lebih banyak inspirasi doorgift perkahwinan? Stay tuned untuk lebih banyak tips dan idea menarik untuk majlis kahwin anda!